Rabu, Disember 16, 2015

DEDIKASI UNTUK KAWAN SEKELAS

Assalamualaikum kawan-kawanku sekalian.
Hari ini aku buatkan nukilan khas untuk kalian.

KAWAN...
Terima kasih di atas ukhuwah yang terbina ini. Semoga ukhuwah ini kekal selamanya sehingga ke Jannah. InshaAllah ;)

KAWAN...
Terima kasih kerana sudi menjadi kawan aku, menerima segala kekurangan dan kelebihan aku serta baik buruk aku dengan seadanya.

KAWAN...
Maafkan aku andai sepanjang perkenalan kita banyak kekhilafan yang aku lakukan kerana aku hanyalah seorang insan biasa yang tidak pernah sempurna.

KAWAN...
Maafkan aku kerana tidak menjadi seorang kawan yang terbaik untuk kalian.

KAWAN...
Terima kasih di atas bantuan dan pertolongan sepanjang perkenalan kita.

KAWAN...
Terima kasih kerana sudi menghulurkan tangan membantu aku ketika aku jatuh tak terdaya. Menjadi pendengar setia ketika aku lemah dan memberikan aku kata-kata semangat untuk aku terus cekal berjuang.

KAWAN...
Terlalu banyak kisah suka dan duka bersama.
Terlalu banyak sejarah yang kita ukirkan bersama.
Terlalu banyak memori yang kita lakarkan bersama.
Terlalu banyak kenangan yang kita miliki bersama.
Terima kasih kerana melakarkan sesuatu yang indah untuk diri kita selama kita berkawan.

KAWAN...
Setiap dari kita, ada perangai dan sifat tersendiri. Perangai dan sifat itu yang melengkapkan kita sebagai satu keluarga.
Perkara biasa dalam adat berkawan, pasti ada gaduhnya. Pasti ada salah fahamnya. Pasti ada gurau sendanya. Pasti ada cemburunya. Pasti ada belas ihsannya. Pasti ada jenakanya. Pasti ada buli membuli. Pasti ada ketawa riangnya. Pasti ada cerita berkongsi bersama. Pasti ada tangis bersama. Dan aku pasti setiap dari kalian pasti menyayangi kawan-kawan kalian walaupun tidak pernah menyatakan sayang itu kerana ego yang menghalang diri kita dari menyatakan bahawa kita sayang kawan-kawan kita.

KAWAN...
Selepas ini kita tidak seperti dulu, tidak lagi bersama seperti kita berada dalam kelas. Haluan kita selepas ini berbeza dan sungguh berbeza.
Masing-masing mempunyai agenda yang tersendiri.
Adakah kita mampu bersua lagi selepas ini?
Berkumpul seperti dulu?
Berkongsi bermacam-macam cerita...
Arghhhh.. aku rindu semua itu.
Mampukah kita alami seperti itu lagi.
Jikalau kita bersua, adakah dapat berkumpul dengan 33 orang kawan kita?
Itu tidak mungkin akan berlaku. Tapi andai kata kita dapat berkumpul seperti itu.
Hargailah setiap detik yang ada kerana selepas ini kita tidak akan dapat merasai lagi ataupun mungkin bertahun-tahun baru kita merasainya.

KAWAN...
10 tahun akan datang....
Semuanya dah berjaya dengan impian yang kalian inginkan.
Ada yang sudah berkerjaya..
Ada yang sudah berkahwin dan mempunyai keluarga sendiri.
Ada yang merantau ke sana ke sini sebagai sukarelawan ataupun menjadi seorang pengembara.
Ada yang masih melanjutkan pelajaran sehingga ke peringkat PHD.
Ada yang membantu ibu bapanya.
Ada yang mempunyai pekerjaan sendiri dengan membuka perniagaan sendiri.
Ada yang sudah menempa nama di mata dunia.
Apapun yang kalian dapat selepas ini..
Semuanya DIA telah tetapkan.

KAWAN...
Pinta aku cuma satu...
Aku inginkan persahabatan kita terus berkekalan.

KAWAN..
Semoga kita terus mengingati antara satu sama lain walaupun kita akan menuju ke destinasi kita masing-masing selepas ini mengikut haluan kita.

KAWAN...
Percayalah setiap apa yang terjadi dalam hidup kita, DIA telah rancangkan sesuatu yang lebih baik dari apa yang kita rancangkan dan perancangan yang DIA aturkan itu lebih indah.
Apa yang perlu kita lakukan?
Terima semua yang terjadi dengan hati yang terbuka dan ikhlaskan setiap apa yang berlaku.

KAWAN...
Kadang-kadang kita perlulah muhasabah diri kita. Semak semula apa yang perlu kita perbaiki dan teruskanlah sesuatu itu dengan kemampuan kita semampunya. Jangan pernah mengalah okay!. Walaupun aku tahu nak lakukan sesuatu itu susah. Tapi cubalah buat yang terbaik :)

KAWAN...
Aku doakan semoga kalian semua berjaya mengapai matlamat dan impian kalian. Dan semoga menjadi anak yang berbakti kepada kedua-dua ibu bapa kalian.

KAWAN...
Semoga kalian menjadi anak yang soleh dan solehah ye :) Dan semoga bahagia dan berjaya di dunia dan di akhirat. InshaAllah. Aamiin...

KAWAN...
Terima kasih atas segalanya. :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan