Isnin, Oktober 24, 2016

.

Tak lama lagi dah nak 18 tahun kita love. Tapi sudah semestinya U yang tua dulu. Hehehe. Alahai sayang ni. Beza kita 2 hari je 😂.  So, apa yang perlu kita buat ye. I wish I can make for you a surprise. But hmm 😌 its not right time sayang do to that. 😭😖

Hai sayang. Thank you for make me smile for everyday . Hewhew. 😚 Still counting😎 Yr little kitten miss you. 😭😭😭

Khamis, Oktober 20, 2016

Be patience until the days come.

Hai my love. 10 month we not contact each other, its feel hurts but I know the reason why we be like this. I'm okay love and I trust you. No matter what happen I will always positive in this relationship.

Love...  u talked to me be patience. I will do that. I know u love me so much and U know I love you too.
Still you remember our promises? Our story about us. I hope u will remember love. I hope so.

Love... sometimes its kill me slowly when I miss you. But sometimes I know youre my happiness and it will be my everything. "Why should I need to give up for all this?" I asked myself. Our love is our destiny and we need to build it together as we plan before this.

Well, our parents know about us but mama I not sure. Only U know about that love. Be a good son for mama love. That's all 😊 

Yes. I just want you be a good son for your mother. Its makes me happy sayang when I see that.

Our story. Our love.

Kita pernah nak ikat dengan tali pertunangan without anyone know except our parents. But, how we want talk about it to our parent.

So the right way, we will love after marriage. So I need to be patience. Sabr ☺. 7 years as we plans after that you and me meet and we marriage. InshaAllah. 💕

Biar kita terpisah sekarang,
Biar kita berjauhan sekarang,
Segala cinta kita,
Allah tahu dan Allah pegang.

Teruskan berdoa agar kita di satukan dan hidup bahagia sampai ke Jannah bersama anak - anak kita love. 😊

Fi Hifzillah my love. Dont forget about our future. I love you and I miss you sayang. ❤

Rabu, Julai 06, 2016

I miss you love

Assalamualaikum dan selamat hari raya . :)

Hai sayang. Dah lamakan I tak ws U. Dah lama kan kita tak berws. I langsung tak tahu apa pun pasal U. Bila mak tanya pasal U. I hanya mampu diam membisu. I rasa mak lebih tahu pasal U berbanding I.  Hmmm sayang..  I tahu U baik baik sahaja tanpa I kan . Mungkin lebih baik dari itu. ;) its okaylah sayang. I selalu support U dari belakang walaupun U tak pernah minta pun. I tak tahu kenapa U selalu buat I sakit hati. I tak tahu kenapa U selalu buat I menangis. How ya love. Until today... I still crying if I remember you .. apa yang I rasa kan love. U ada je dengan I. Love... U want me to be strong. And I trying to be strong. Love. I have one question. Did you miss me? Hmm... I really miss you but what you say before hmmm. I cannot sayang. I try hard to make this just like be okay. But, its kill me slowly. Damn.. I miss you so much love. I just want you until the end. Only you. Can love? InshaAllah. I still remember ... Perbanyakkan doa kepada Dia dan semoga segalanya Allah permudahkan dan percepatkan. I wait that day sayang. Im promise juat like im promise to stay with you. Remember?

Jumaat, Julai 01, 2016

secebisan nota untuk tersayang

Assalamualaikum and happy earthlings =)
Mulakan hari anda dengan "Bismillah" dan senyuman =)
Hai love. I harap U baik baik sahaja. I rindu U tapi I tak nak ganggu U. I nak U kuat dan terus kuat untuk lakukan perubahan pada diri U. I minta maaf sebab tak ada selalu dengan U tapi I nak U tahu yang U sentiasa ada bersama I. 
Love... Jaga diri U baik baik ye. Ingat ye apa yang I cakap tu :) Imy 



Selasa, Mei 10, 2016

Idea xxxxx

Assalamualaikum and happy earthlings =)
Mulakan hari anda dengan "Bismillah" dan senyuman =)
Hai blog kesayanganku yang tak lama aku tak menukilkan kata kata indah  di sini. Aku makin sibuk sejak akhir akhir ni. ;p Bukan aku tak rindu nak luahkan idea aku cerita aku yang dah bersarang dalam minda. Tapi entahlah aku pun tak tahu nak cakap apa. Kalau aku pendam je kebabom kau . Aku yang gila nanti :{  haahahahahaha. So aku ceritakan kat sinilahhhhhh.
Aku nak cerita apa ye? Tadi cakap macam banyak sangat lepastu tak ada pula nak story . Haihhh . Ngantok pula. Penat . ZzZzZZ.  
 

Isnin, Mei 02, 2016

RINDU

Assalamualaikum and happy earthlings =)
Mulakan hari anda dengan "Bismillah" dan senyuman =)



Sayang....  I rindu U sangat-sangat sangat. Tapi I kena tahan diri I , biarkan U jalani hidup U capai apa yang U nak dalam hidup U. Kadang tu, I rasa nak ganggu U tapi takut menganggu U sampai I tak tahu apa yang perlu I uraikan untuk hilangkan rasa rindu ini. Kadang itu I sengaja je pergi gedung tiap tiap hari sebab nak pandang U. Bila U pandang I , I nampak. U perhatikan I lama sangat. Itu cukup bahagia untuk I sayang. I rindu senyuman U. I rindu U panggil I. I rindu senyuman sinis U. I rindu lirikan mata U dan semuanya. Kadang, I akan perhatikan diri I. Bila I senyum  I akan nampak  senyuman U. Kuatkah I nak lalui semua ini sayang tanpa U di sisi I? I rindu nak dengar U membebel >.<  I rindu sangat sangat.  


Janji kita. 2 tahun , 3 tahun, 4 tahun , 5 tahun , 6 tahun , 7 tahun, 8 tahun , 9 tahun, 10 tahun. Dalam tempoh itu, kita akan berjumpa semula setelah kita berjaya mendapat apa yang kita nak dalam hidup kita. Semoga Allah permudahkan dan percepatkan urusan kita sayang. Impian kita bersama dan apa yang telah kita rancangkan. :) 






Khamis, April 28, 2016

CLASSMATE 5 SAINS IN MEMORIES (BOYS)

Bismillah . Hari ini aku nak bercerita sikit pasal sahabat handai seperjuangan aku. 2 tahun kita bersama. Banyak kisah duka suka di kongsi bersama. Lepas ni , masing masing bawa haluan dengan rezeki yang kalian dapat. Semoga kalian berjaya dan kita dapat berkumpul semula. :)


33 rakan seperjuangan, 9 lelaki 24 perempuan. Biasalah perempuan lebih ramai berbanding lelaki. 2 tahun kita simpulkan kenangan bersama. Masing masing dah boleh hadam perangai masing masing mungkinnnn. Hehehehe.


So sini, asal permerhatian dan analisis aku tentang korang semua. Harap jangan hangpa marah cik yaaaaa. Cik hanya luahkan sahaja. Harap hangpa semua dapat terima tau apa yang cik cakap ni.
Nak ikut nama masa pekse SPM hari tu ke? Hahaha. Ke dalam kedudukan kelas. Hmm. Mungkin dua dua kot. Hahaha


ANAS,
Angka giliran pertama dalam dewan peperiksaan dan duduk dlm kelas dkt meja belakang berhadapan dgn rasyid. Anas pengawassss.

Anas seorang yang bagi aku bagusss untuk di jadikann suami. Hehe. Tapi part lain tu aku tak tahu lah. Setiap orangkan ada perangai dia yang boleh go dan tak boleh go. Dia tabah wei. Serius tabah. Care. Aku berkawan dengan dia start dri aku form 1. So, dah 5 tahun. Serius talk. Dia anak yang baik. Suka senyummm. Tapi kalau marah tu hang jangan kacau. Hahahahahaha. Lagi tentang anas, entahlah sebab aku tak berapa ngam sangat dengan dia. Hahahahahaha.


AMIN,
Angka giliran kedua dlm kedudukan SPM. Dalam kelas meja depan berhadapan dengan ikhmal. Oh yaaa. Masa form 4 juga, dia dengan ikhmal. So kiranya ikhmal ni kawan buli dialah. Hahahhaa.

Dia.... dia... dia.. aku malas nak habaq sebenarnya. Dia paling aku ngam . Paling aku rapat. Paling aku sekufu. Paling aku sekepala. Paling aku sayanggg eehhhh terlebih cakap pula. Kami sama bulan cuma beza dua tiga hari je, Sama sandang jawatan librarian yow. Kami anak ibu. Kami kami kami. Banyaklah. Malas nak cerita. Dannn bagi aku dia unik dan sangat unik. Jangan tanya apa. Hanya aku je boleh tahu. Hehehe. Okay okay. Sampai situ je. Kiranya semuanya dalam kepala pasal dia. Hehehe


RITHAUDIN,
Ketua pengawas 2015. Duduk antara meja depan dan meja belakang. So, tengah tengahlah. Segroup dengan amin. Pelajar harapan.

Nak cerita pasal apa ek? Aku dengan dia. Kenal dah 11 tahun. Hahahaha. Itupun aku tak berapa nak ngam sangat dengan dia. Hahahahahaha. Dia okay. Kuat makan. Lagi apa ek. Hahahaha. Serius aku tak tahu nak cakap apa tentang dia. Hahahahaha. Penyabar. Hahahaha. Selalu jadi imam. Lagi apa ek. Kiranya banyak jugalah perkara positif dia bagi impak dalam diri orang lain. Terima kasih juga ehh rithh sebab bantu dia. Banyak tunjuk ajar dia semua itulah. Terima kasih banyak banyak. Rith, nama aku bagi tak silap aku masa form 4. Hahaha. Dahlah itu je. Aku nak cakap.


DZIL,
Actually aku dengan dia ada talian tapi talian kitorang jauh. Kiranya saudara jauh jauh gitulah. Dia pun librarian. Anak cikgu. Semeja dengan anas. Sebelah rasyid. Dah 4 tahun rasanya berkawan dengan dzil.

Serius talk, dia penyabar tapi agak jeles. Hahaha. Entahlah. Baikk . Lagi apa, amik berat pasal aurat perempuan. Lagi hmm.. senang di bawa bincang jugalah. Tapi kalau dia malas nak dengar aku cerita, dia buat tak tahu je. Huh!!! Hahaha. Dah itu jelah pasal dzil. Describe pasal lelaki aku kurang sikit kecuali amin je yg aku tahu . Hahahaha.


FARIZ,
Pelajar biasa, duduk sebelah anas. Dia unit beruniform dengan aku PKBM. ketua beb !!! Hahahahahahaha.

Kuat tidur. Hahahaha. Suka buat hal sendiri. Hahaha. Lagi, aku tak tahu nak cakap apa. Dulu masa form 1 dia pakai kaca mata tapi lepas tu start form 2 dah x pakai. Dia rendah rendah je. tapi okaylah. Masa form 1, dia tanya aku kenapa mata aku hitam. Hahahahahah. Ntar pape je. Dah berkawan dengan dia start form 1. So, dah 5 tahun.


IKHMAL,
Pelajar biasa, duduk meja depan berhadapan dengan amin. Dah berkawan dengan dia 9 tahun dah start satu kelas dengan dia di 3 Cekal.

Ikhmal, dia comellah juga. Lagi apa ek? Hahahaha. Baik . Suka senyum . Ellegic habuk bhahahahha. Lagi apa ek? Entahlah aku pun x thu sangat pasal dia. Suka minta aku tisuuuuuu.. hahaha.


HAFIZ,
Pengawas, anak sedara cg ruhaya. Dah berkawan dengan dia start dari darjah 5. So dah 7 tahun. Ye kot. Tak ingat. Hahahaha

Hafiz, dia baikkk. Hahahah. Pernah nangis depan aku sebab gaduh dengan awek dia. Bhahahha. Kadang kadang aku minta dia makanan. Hahahaha. Lagi. Tak tahu nak cakap apa. Hahahaha.


RASYID,
Ketua tingkatan 5 Sains. Selajur dengan amin. Hahahaha. Kiranya dia dengan amin. Ngam ahhh . Semua cerita dia kat tangan amin. Cerita amin kat tangan dia. Gitulah. Ada juga yang aku serba sikit perihal diorang ni. 

Dia serius talkkk amanah. Kawan yang baik. Dan serius aku cakap dia ada cakap serba sedikit pasal amin kat aku. Amin tu macam mana semua blablablablabla. Okay stop. Thanks tau rasyiddd. :) hahahaha. Terima kasih kerana jadi sahabat dia. Pendengar setia dia. Masalah dia semua tulah. Hehehe. Rasyid ni dia cepat down jugaa. Pendiam agaklah. Tapi okay je. Muka dia tu. Apa semua tu. alahai. Dah ahh. Malas nak cerita lagi. Dia pernah cakap dengan aku , aku ni sama je macam amin. 


ROZHAFIEZAM,
Pelajar biasa, dah 6 tahun berkawan dengan dia. Duduk sebelah hafiz.

Fiezam, dia kalau tak puas hati, dia cakap je tak pedulikan apa yang orang lain rasa. Hahahaha. Tapi baguslah juga cara dia tu. Dia ni sensitif sebenarnya. Hahaha. Lagi apa ek aku nak cakap. Hahahaha itu jelah.


TO BE CONTINUED ..... :P

Sabtu, Januari 30, 2016

30 Jan - SufiSayang

Bismillah. Assalamualaikum.
Hari ini aku nak bercerita sikit je. Tak menjela jela lah. Baca scroll bawah sikit je lepastu dah habis apa yang aku cerita ini. Heheehehehehe.

Terima Kasih Allah. Terima kasih untuk hari ini. Alhamdulilah. :)

Akak. Kau datang jumpa adik hari ini walaupun kau baru je balik semalam. Nasib baik tak datang secara mendatang macam first time haritu. Hehehe. Kelam kabut aku nak cari tudung apa yang aku nak pakai. Hahahaha. Dahlah dengan muka yang serabai . Hahahaha. Dah stop pasal itu.

Hari ini. Tercatat dalam sejarah. Cehhh!!! Macam sesuatu yang berlaku pula. Hahaha.
Terima kasih akak kerana sudi datang. Nasib baik kau call dulu kak. Kalau kau main terjah je aku tak nak kawan kau kak :p hahahahaha. Itu pun kau call aku. Aku dah terpinga pinga nak cari tudung apa. Hahahahahaha. Mula mula nak pakai selekeh selekeh je tapi tak boleh aii. Hahaha. Tapi memang selekeh pun. Hahahaha.

Kau call cakap dah sampai masatu adik tak perasan pun. Telefon ringtone paling rendah soundnya. Hahahaha. Lepastu akak. Nasib baik adik nak sentuh telefon tu. Kau cakap kau dah sampai depan. Tapi adik suruh kau tunggu sekejap sebab adik tengah pakai tudung.

Then, naik motorsikal dengan kawan sebab dia nak balik. Pergi depan. Jumpa kau. Dengan tak malunya. Menjerit nama kau. Tak tahu nak cakap apa kak. Bahagia sangat kot jumpa kau. Tapi terperasan ada mak kau kak. Hahaha. Terus adik pergi salam mak akak. Hahahaha. Akak keluar kereta baru adik salam peluk cium akak. Time tu tak tahu nak cakap apa. Adik gembira sangat. Macam dah lama tak jumpa kau kak. Sampai rumah adik tersenyum lebar. Hahaha.

Adik tak check lagi phone sampailah adik habis mengaji. Adik tengok ws. Adik ws dari akak . Akak menyanyi. Lagi adik tersenyum lebar. Terima kasih akak untuk hari ini. Buat adik tersenyum dan melupakan seketika masalah yang melanda.

Terima kasih Allah atas ukhuwah ini. ALHAMDULILAH. :)

Jumaat, Januari 29, 2016

Sayang

Sayang..
Kau nak tahu tak?
Ada perkara yang aku lama nak cakap dengan kau.
Ada perkara yang aku dah lama nak luahkan kepada kau.

Sayang..
Bilamana kita merancang.
Bila tiba tarikh itu ... rancangan kita tidak terjadi.
Terkilankah aku?
Mungkin ya kerana aku tidak dapat luahkan segalanya apa yang aku rasakan.
Tapi, Allah adalah sebaik rancangan.

Sayang..
Bila kau ajak aku keluar makan bersama pada waktu malam?
Ya, aku menolak.
Aku menolak kerana aku ada harga diri. Harga diri aku, keluarga aku, dan tentunya Allah melihat semua itu.
Walaupun dalam sudut hati aku ini, aku ingin sekali tapi kerana keluarga adalah pilihan pertama aku.

Sayang..
Aku bukannya perempuan yang mudah untuk di ajak keluar sana sini berdua.
Mungkin petang masih boleh tapi aku masih memikirkan tindakan aku.
Pada waktu malam. Maaf untuk itu. Aku tidak mampu lakukan kecuali kau telah sempurna aku miliki sebagai seorang lelaki yang akan memimpin aku ke Syurga.

Sayang..
Aku akui aku jeles.
Aku akui aku tidak ingin sekali kau lakukan perkara itu.
Aku tak suka kau keluar dengan mana mana perempuan berdua walaupun mereka  adalah kawan sekelas kita.
Aku tak suka  dan aku tak suka.
Aku tahu kalian dah dapat keizinan dari keluarga masing masing.
Apa aku boleh buat sayang?
Berbalik pada asal. Hanya mampu memendam rasa.

Sayang.
Untuk terus berada dengan kau selalu.
Aku perlu menjadi seorang perempuan yang kuat.
Seorang perempuan yang serba serbi. Seorang perempuan yang sentiasa memahami apa yang kau inginkan.
Seorang perempuan yang perlu untuk mengawal keadaan.
Seorang perempuan yang banyak bersabar dengan diri kau.
Seorang perempuan yang sentiasa tersenyum walau apapun yang kau buat.
Seorang perempuan yang mengharapkan kau berubah.
Seorang perempuan yang perlu mengikut rentak dirimu.
Seorang perempuan yang perlu menjaga kata.
Seorang perempuan berusaha menjadi seorang sempurna di mata kau.

Tapi.

Aku tahu ...
Aku akan kecundang jua dengan air mata.
Aku tahu ...
Aku akan mengalah dengan kau.
Aku tahu ...
Aku tak berjaya lagi untuk mencegah kau dari melakukan itu.
Akhirnya aku pasrah dengan apa yang kau lakukan.

Dalam diam aku berdoa,
Agar hati kau sentiasa lembut.
Menjadi anak mama yang soleh.
Ya. Aku hanya mengharapkan kau bahagia.
Kisah hidup kau. Aku simpan kemas.

Isnin, Januari 25, 2016

Terima Kasih Cinta

Bismillah. Assalamualaikum dan selamat malam. Terima Kasih Cinta tajuk hari ini untuk aku menukilkan.

TERIMA KASIH CINTA.

Terima kasih Allah atas rasa cinta yang kau berikan ini.
Terima kasih Allah kerana kau telah pertemukan aku dengan dia.
Terima kasih Allah kerana memberikan aku rasa cinta ini.
Terima kasih Allah kerana kau selalu ada bersamaku.

Cinta yang kau berikan untukku
Adalah cinta yang terindah
Bilamana aku dapat merasai rasa cinta itu
Menghargai apa yang kau berikan.

Allah...
Sungguh aku banyak dosa.
Sungguh aku banyak melakukan khilaf.
Sungguh aku banyak melupakan kau.
Allah.. Maafkan aku.

Tapi kau ...
Tetap sentiasa bersama aku
Tatkala aku mengingati atau alpa kepada kau.

Allah.
Betapa hinanya diri ini kerana terlalu leka dengan duniawi.

Allah.
Terima kasih kerana selalu memeluk erat aku ketika aku jatuh tidak terdaya. Lemah sehingga aku berputus asa untuk terus berjuang.

Allah.
Rasa cinta ini.
Ianya milikmu.
Bila bila masa sahaja, kau akan mengambil semula rasa cinta ini.
Sungguh rasa cinta ini kau berikan bukan semata mata tetapi kerana rasa cinta ini kau taburkan untuk aku merasai cinta itu.

Cinta yang berlandaskanMu.
Cinta yang bertautkanMu.
Cinta yang akan kekal selamanya.
Kau akan menjaga dia dan kau akan merahmati dia.

Hati aku ..
Perasaan aku..
Minda aku..
Semuanya kau tahu.
Apa yang terlintas.

Allah..
Aku pinta sentiasalah ada bersama aku ketika orang lain tidak bersama aku.
Sesungguhnya aku hanya mengharapkan segalanya dariMu.

Allah..
Terima kasih kerana meminjamkan aku rasa cinta ini.
Terima kasih kerana kau anugerahkan rasa cinta ini.

Ku harapan dan ku tekadkan
Semoga dia yang menjadi bakal suami aku.
Semoga dia yang menjadi pemimpin untuk diriku serta anak anak kami.
Semoga dia membawaku untuk terus beristiqomah dalam meraih cintaMu.
Membawa aku kembali ke SyurgaMu.

Allah..
Andai dia tidak sempat bersamaku di dunia ini. Satukan kami di akhirat nanti.

Allah.
Rasa cintaMu itu lebih bermakna. Terima kasih Allah.




Khamis, Januari 21, 2016

Kak Sufi

Bismillah. Hari ini aku nak bercerita pasal kak sufi. Sufinasuha yang dah lama rindu sangat nak dengar adik dia ni update story mory . Hehehehe. So today . Adik nak updatelah ni. Rindu adik kan ehhh perasan pula. Rindu blog adik cakap jelah. Hahaaahhaha. .

Sufi sufi sufi.. Actually adik tak tahu nak story apa. Hahahahaha. Cuma adik nak cakap yang adik rindukann akak. Huahuahua..

Sufiii. Dia tetap adik sayang. Walaupun dah lama tak jumpa. Dah jarang tak macam dulu waktu zaman sekolah. Hari hari jumpa tapi tapi itu pun masing masing sibuk. Lebih kurang macam sekaranglah tapi sekarang lagilah susah nak jumpa. Hehehe. Tak apa tak apa. Ada rezeki kita jumpa . Hehe. InshaAllah . Tak putus doa untuk akak. Kalau nak masuk angka 20 pun . Opss. Tahun depan untuk akak. Hehehe. Still lagi boleh jumpa. Kerja pun janganlah jauh sangat. Hahahaha. Tak kisahlah nanti akak dapat keje kat mana pun. Ada masa kita jumpa. Dan lagi satu kalau nak tunang ke kawin ke janganlah lupa jemput adik. Mana tahu akak dulu yang masuk pintu gerbang perkahwinan. Hahahaa. Apapun adik tak pernah lupakan akak walaupun di mana jua adik berada. Cehhh!!! Hehehehe. Dah nak masuk enam tahun kan kak. Hehehehe. Bertahankan hubungan kita ni walaupun dulu gaduh, lost contact, merajuk, cemburu blablablablabla. Hahahahha. Rasa tak percayaaaaaaa pulaaaa. Hahahahahaha. Semoga ukhuwah kita berkekalan.

Driving school JPJ TEST

Bismillah. Dah lama kan aku tak bercerita panjang lebar. Alhamdulilah. Akhirnya aku lulus juga. Terima kasih Allah kerana permudahkan urusan aku pada hari ini. Terima kasih Allah atas segalanya. Alhamdulilah :)

Tak lupa juga nak ucapkan setinggi penghargaan kepada cik ana dan kak ita yang selama ini bersabar dalam mengajar aku untuk memandu. Banyak sangat kenangan untuk sebulan  lebih ini. Kalau aku cerita pun mungkin tak akan habis. Suka duka, belanja makan, menangis, fobia dan semua sekalilah. Hahahaha. Kena cubit pun pernah dengan cik ana. Bawa kereta sampai balik rumah. Jalan jalan kota. Round sana round sini. Dan hari ini 21 Januari 2016. Tamat sudah aku belajar memandu. Pahit gentir semuanya adalah. Hahaha. Menangis usah di cerita. Lepas ini rindu dengan kenangan dekat MAXSAFE.

JPJ KALI PERTAMA: 14/1/2016

Aku dapat nombor 39. Time buat RPK bersemangat sungguh. Bila dkt litar, aku tengok ramai yang tersangkut. Tiba turn aku pula. Aku pun sekali tersangkut. Time tu. Down habis aku. Aku gagal kat bukit. Dua kali buat. First, aku terlupa nak turunkan handbrake. Time aku tekan minyak. Apasal kereta tak naik naik. Masatu baru aku perasan handbrake tak turun. Allah time tu dah down sikit. So, turunlah ke bawah semula.  Bila kali kedua, tayar x masuk sepenuhnya kat kuning. Separuh je masuk. Aku dah huarghh. Turun kereta lepas dah freekan gear dan angkat handbrake. Jumpa JPJ tu sekejap. Turun bukit laju sungguh sebab time tu aku tahan dari menangis. Jumpa cik ana sekejap. Cik ana tanya. Aku geleng geleng je. Masuk dalam. Terus peluk Jannah menangis puas puas. Peduli apa aku time tu orang nak pandang. Calm down. Kak ita, ieqa semua suruh tenang. Menangis dan terus menangis. Memang down habislah senang cerita. Macam  tanak bawa kat jalan raya dah. Tunggu turn jap. Aku dah okay dah time tu. Dapat kereta B, JPJnya okay. Sebelum masuk, aku dah meleleh air mata dah. JPJ tu ckp, "saya belum gagalkan awak lagi, awak dah menangis." Masuk kereta dengan menangis menangis. Hahaha. Dia kata kenapa? Aku ceritalah aku gagal kat litar. Dia cakap bukan awak sorang je yang gagal kat litar. Time tu memang aku menangis lagi sebab fikir duit. Huarghh. Kiranya macam macam perasaan ada time tu. JPJ tu ckp "awak dah buat yg terbaikkan. Bukannya awak nak membazirkan duit ayah awak." Aku diam je. Lepastu dia tanya lagi time aku tengah angkat handbrake turunkan handbrake, cermin sisi semua tu. Target SPM berapa? Aku pun cakap "InshaAllah 5A". Lepastu dia tanya lagi " nak sambung belajar." Aku cakap " Nak. " Aku start bawa kereta. Time tu dah hujan dah. Cuaca mendung. JPJ tu menyanyi lepastu dia cakap " Patutlah nak hujan aku menyanyi rupanya. " Nak tergelak pun ada juga. JPJ tu larikan aku dri mood nervous dan sedih aku. Aku pun bawa seperti yang cikgu aku ajar. Time keluar tu, aku asyik tanya je, nak berhenti kat mana ni. Banyak kali aku tanya. Lepastu dia ckp buat U-turn, terus aku bgi signal ke kiri.  Berhenti kat TNB. Pusinglah lepas tak ada kenderaan. Aku main gear kat bukit. Gear 1, gear 2 dan gear 3. Lepastu tukar gear 2. Masuk Maxsafe balik. Lepas dah letak kereta tu, dia ckp lulus bahagian jalan raya. Masuk dalam aku sambung menangis lagi. Balik tu aku diam je. Dua hari aku menangis. Kiranya trauma aku nak amik lagi. Lepastu positifkan diri balik. Cakap dengan diri sendiri, ada hikmah kenapa Allah menguji. Lepastu tak fikir lagi. Belajar lagi.  Sampailah JPJ kali kedua ini.

JPJ KALI KEDUA: 21/1/2016

Ok. Untuk kali kedua pula, awal datang. JPJ pun tak ada lagi. Pukul 9 lebih baru aku nampak JPJ. Kali ini aku dapat no 10 tapi untuk ulangan punya sesi kedualah. Aku orang last RPK. hahaha. Lepastu startlah buat. JPJ tu ckp bagus eh awak. Awak lebih bagus dri yang lain. Aku buat sampai bonet depan je. Lepastu JPJ tu suruh duduk. Aku dah terpinga pinga. Hahaha. Duduk dah ke? Hahaha. Aku duduk. Bila tengok kat litar ramai yang lulus. Aku rasa bahagia. Hahaha. Walaupun turn aku belum lagi. Sampai je turn aku. Berdebar macam apa ntar. Aku tak ulang kesilapan aku buat kali kedua. Dua kali juga aku ulang kat bukit. First tu, JPJ tu ckp " gelojoh sangat." Aku ckplah dengan dia. Aku takut. Takut gagal lagi. Boleh pula aku cakap macam gitu. Hahaha. Turun semula. Kali kedua. Ok. Tapi dia ckp jalan. Aku dah gelabah macam apa ntar . Haha. Aku tekan minyak sampai 7 . Habis rosak kereta cikgu sape ntar. . Hahaha. Lepas dah lepas tu lega . Hahaha. Side parking, penjuru tiga semua tu aku bawa macam biasa je. Rilek rilek je. Hahaha. Habis je syukur sangat . ALHAMDULILAH berjaya habiskan juga. Freekan gear, angkat handbrake dan matikan enjin. Keluar. Hahaha. Mengigil jugalah. Hahahahaha. Time tu aku nak je cakap terima kasih kat tuan tu tapi sampai akhirnya tak terucap terima kasih sebab time tu tuan tengah bercakap. Aku senyap jelah. Tunggu turn isi borang lepastu duduk dengan diorang. Ckp dgn cik ana nk gi makan. Jumpa abang yg buka kantin tu buat kali terakhir. Hahaha. Dia kata " mana kfc." Hahahaha.  Lepas ni. Tak tahu bila akan jumpa lagi. Hehe.

Ahad, Januari 17, 2016

Mama

Mama, terima kasih lahirkan Danial.
Mama, terima kasih sebab telah didik Danial dengan begitu baik sekali.
Mama telah jalankan tanggungjawab mama dengan sempurna sekali.
Mama sedaya upaya membesarkan Danial dan anak anak mama yang lain.

Mama, saya tahu mengapa mama buat begitu terhadap Danial. Saya tahu mama sangat sayang kepada anak mama. Saya tahu mama tak nak anak mama melakukan itu. Mama dah berjaya berikan didikan yang terbaik cuma mungkin Danial tersilap langkah.

Mama, Danial anak yang baik ma. Danial seorang anak yang baik dan sememangnya baik.

Mama, Danial juga anak yang bertanggungjawab dan sangat menghormati orang lain.

Mama, kadang kala saya sendiri segan dengan  Danial. Walaupun dia macam gitu tapi saya tetap segan. Entahlah ma. Saya tak tahu nak terangkan bagaimana.

Mama, Danial dia sebenarnya lembut hati dia tapi ada kalanya dia sendiri yang keraskan hati dia agar orang lain tidak tahu apa yang dia rasa.

Mama, Danial dia tidak suka memeningkan kepala dengan perkara perkara yang remeh dan apa jua yang perlu di fikirkan. Danial lebih suka apa yang akan terjadi , itu yang dia akan hadapi.

Mama, Danial dia seorang yang manja. Iya, seorang yang manja pada insan yang dia sayang. Saya tahu ma, dia sayang mama sangat sangat tapi dia ego. Dia sorokkan rasa sayang itu. Tapi saya tahu mama lebih mengetahui anak mama bagaimana.

Mama, pada saya. Danial itu unik. Saya tak tahu kenapa saya cakap dia unik tapi saya boleh rasakan itu. Arghhhh. Susahnya nak cakap macam mana rasa itu.

Mama, ketika saya menulis ini. Saya teringat mama. Cara mama layan anak mama. Cara danial layan mama. Walaupun saya buat buat tidak tahu tapi saya nampak ma. Entah mengapa saya berasa senang sekali.

Mama, perkara ini saya tidak tahu macam mana ingin saya jelaskan tapi saya terlalu terharu arghh susahlah mama nak cakap soal hati. Perkara ini , membuatkan saya tersenyum dengan lebar bilamana Danial mempunyai cita cita untuk mengubah diri dia menjadi lebih baik ma. Saat itu, saya tak tahu apa yang saya ingin katakan. Saya tergamam terkedu dalam masa yang sama saya rasa bersyukur sangat atas niat yang dia ingin lakukan satu perhijrahan terbesar dalam hidup dia. Dia keluar dari kepompong yang dia bina. Dia keluar dari dunia gelap dia ma. Saya sukar nak ucapkan bagaimana rasanya bila dia ada niat sebegitu bila dia perlahan lahan nak berhijrah. Allah. Sesungguhnya hidayah Allah itu, Allah akan berikan kepada sesiapa yang dia kehendaki.
Danial perlahan lahan berubah dari satu persatu. Dia lawan dengan diri dia sendiri dengan hasutan hasutan syaitan dan hawa nafsu dia. Tak terkata ma, sungguh tak terkata. Saya hanya mampu doakan yang terbaik untuk dia setiap masa. Saya tahu mama akan bangga dengan Danial.

Terima kasih ma kerana tak berputus asa untuk terus mendidik Danial dan menjaga dia. Terima kasih ma kerana menjadi contoh terbaik untuk anak mama.
Terima kasih ma kerana telah menjadi seorang mama yang hebat untuk anak mama.
Mama melihat perkembangan Danial dari dia baru dilahirkan sampailah sekarang. Baik buruk Danial itulah zuriat mama. Sejarah lampau dia telah tersimpan kemas dalam memori. Biarlah dia hidup dengan lembaran baru yang lebih berharga dalam hidup dia.
Terima kasih mama.

IBU

Perihal tentang ibu,
Aku nukilkan pada hari ini.

Ibu...
Saya rindu ibu.
Sungguh saya rindu ibu.

Ibu...
Ibu ajar saya banyak benda.
Ibu ajar saya dari A sampai Z.

Ibu...
Walaupun saya baru berjumpa berkenalan dengan ibu hanya dalam tempoh 2 tahun lebih tapi saya mengharapkan bukan hanya tempoh itu sahaja saya terus berjumpa dengan ibu.

Ibu...
Ibu ajar saya tentang dunia kehidupan.
Ibu didik saya. Ibu cerita dekat saya.
Pasal sejarah ibu. Pasal segalanya.
Saya tahu tentang itu.

Ibu kata kita sebagai perempuan, biar ada kerjaya, ada rumah, ada kenderaan dan segalanya sendiri. Bila suami kita tinggalkan kita, kita mampu sara hidup kita bersama sama anak kita.

Ibu juga cakap dengan saya, banyakkan baca Al-quran. Hafal surah ini. Surat At-Taubah.

Ibu.. saya rindu nak gelak tawa dengan ibu. Saya rindu nak buat perangai keanak-anakan saya. Saya rindu nak bantu ibu.

Ibu akan bebel dekat saya bila saya dah kuat berkerja, saya tak akan hirau dengan keadaan sekeliling saya, yang saya fikir kerja saya je. Makannya entah ke mana. Bila time solat, saya pergi solat then sambung buat kerja saya. Makan. Bila ibu tegur pergi makan sana. Hehehe.

Saya rindu juga nak jadi pembantu peribadi ibu. Check fail sana sini. Semak itu ini. Keluarkan denda dan sebagainya. Saya rindu.

Ibu...
Maafkan saya sebab tidak menjalankan tugas saya dengan sempurna. Maafkan saya ibu.

Terima kasih di atas kenangan yang ibu berikan. Setiap apa yang ibu katakan amat bermakna untuk saya. Setiap memori kita bersama amat berharga untuk saya. Biarlah ia tetap tersemat dalam minda saya ini ibu.

Terima kasih ibu.