Khamis, Januari 21, 2016

Driving school JPJ TEST

Bismillah. Dah lama kan aku tak bercerita panjang lebar. Alhamdulilah. Akhirnya aku lulus juga. Terima kasih Allah kerana permudahkan urusan aku pada hari ini. Terima kasih Allah atas segalanya. Alhamdulilah :)

Tak lupa juga nak ucapkan setinggi penghargaan kepada cik ana dan kak ita yang selama ini bersabar dalam mengajar aku untuk memandu. Banyak sangat kenangan untuk sebulan  lebih ini. Kalau aku cerita pun mungkin tak akan habis. Suka duka, belanja makan, menangis, fobia dan semua sekalilah. Hahahaha. Kena cubit pun pernah dengan cik ana. Bawa kereta sampai balik rumah. Jalan jalan kota. Round sana round sini. Dan hari ini 21 Januari 2016. Tamat sudah aku belajar memandu. Pahit gentir semuanya adalah. Hahaha. Menangis usah di cerita. Lepas ini rindu dengan kenangan dekat MAXSAFE.

JPJ KALI PERTAMA: 14/1/2016

Aku dapat nombor 39. Time buat RPK bersemangat sungguh. Bila dkt litar, aku tengok ramai yang tersangkut. Tiba turn aku pula. Aku pun sekali tersangkut. Time tu. Down habis aku. Aku gagal kat bukit. Dua kali buat. First, aku terlupa nak turunkan handbrake. Time aku tekan minyak. Apasal kereta tak naik naik. Masatu baru aku perasan handbrake tak turun. Allah time tu dah down sikit. So, turunlah ke bawah semula.  Bila kali kedua, tayar x masuk sepenuhnya kat kuning. Separuh je masuk. Aku dah huarghh. Turun kereta lepas dah freekan gear dan angkat handbrake. Jumpa JPJ tu sekejap. Turun bukit laju sungguh sebab time tu aku tahan dari menangis. Jumpa cik ana sekejap. Cik ana tanya. Aku geleng geleng je. Masuk dalam. Terus peluk Jannah menangis puas puas. Peduli apa aku time tu orang nak pandang. Calm down. Kak ita, ieqa semua suruh tenang. Menangis dan terus menangis. Memang down habislah senang cerita. Macam  tanak bawa kat jalan raya dah. Tunggu turn jap. Aku dah okay dah time tu. Dapat kereta B, JPJnya okay. Sebelum masuk, aku dah meleleh air mata dah. JPJ tu ckp, "saya belum gagalkan awak lagi, awak dah menangis." Masuk kereta dengan menangis menangis. Hahaha. Dia kata kenapa? Aku ceritalah aku gagal kat litar. Dia cakap bukan awak sorang je yang gagal kat litar. Time tu memang aku menangis lagi sebab fikir duit. Huarghh. Kiranya macam macam perasaan ada time tu. JPJ tu ckp "awak dah buat yg terbaikkan. Bukannya awak nak membazirkan duit ayah awak." Aku diam je. Lepastu dia tanya lagi time aku tengah angkat handbrake turunkan handbrake, cermin sisi semua tu. Target SPM berapa? Aku pun cakap "InshaAllah 5A". Lepastu dia tanya lagi " nak sambung belajar." Aku cakap " Nak. " Aku start bawa kereta. Time tu dah hujan dah. Cuaca mendung. JPJ tu menyanyi lepastu dia cakap " Patutlah nak hujan aku menyanyi rupanya. " Nak tergelak pun ada juga. JPJ tu larikan aku dri mood nervous dan sedih aku. Aku pun bawa seperti yang cikgu aku ajar. Time keluar tu, aku asyik tanya je, nak berhenti kat mana ni. Banyak kali aku tanya. Lepastu dia ckp buat U-turn, terus aku bgi signal ke kiri.  Berhenti kat TNB. Pusinglah lepas tak ada kenderaan. Aku main gear kat bukit. Gear 1, gear 2 dan gear 3. Lepastu tukar gear 2. Masuk Maxsafe balik. Lepas dah letak kereta tu, dia ckp lulus bahagian jalan raya. Masuk dalam aku sambung menangis lagi. Balik tu aku diam je. Dua hari aku menangis. Kiranya trauma aku nak amik lagi. Lepastu positifkan diri balik. Cakap dengan diri sendiri, ada hikmah kenapa Allah menguji. Lepastu tak fikir lagi. Belajar lagi.  Sampailah JPJ kali kedua ini.

JPJ KALI KEDUA: 21/1/2016

Ok. Untuk kali kedua pula, awal datang. JPJ pun tak ada lagi. Pukul 9 lebih baru aku nampak JPJ. Kali ini aku dapat no 10 tapi untuk ulangan punya sesi kedualah. Aku orang last RPK. hahaha. Lepastu startlah buat. JPJ tu ckp bagus eh awak. Awak lebih bagus dri yang lain. Aku buat sampai bonet depan je. Lepastu JPJ tu suruh duduk. Aku dah terpinga pinga. Hahaha. Duduk dah ke? Hahaha. Aku duduk. Bila tengok kat litar ramai yang lulus. Aku rasa bahagia. Hahaha. Walaupun turn aku belum lagi. Sampai je turn aku. Berdebar macam apa ntar. Aku tak ulang kesilapan aku buat kali kedua. Dua kali juga aku ulang kat bukit. First tu, JPJ tu ckp " gelojoh sangat." Aku ckplah dengan dia. Aku takut. Takut gagal lagi. Boleh pula aku cakap macam gitu. Hahaha. Turun semula. Kali kedua. Ok. Tapi dia ckp jalan. Aku dah gelabah macam apa ntar . Haha. Aku tekan minyak sampai 7 . Habis rosak kereta cikgu sape ntar. . Hahaha. Lepas dah lepas tu lega . Hahaha. Side parking, penjuru tiga semua tu aku bawa macam biasa je. Rilek rilek je. Hahaha. Habis je syukur sangat . ALHAMDULILAH berjaya habiskan juga. Freekan gear, angkat handbrake dan matikan enjin. Keluar. Hahaha. Mengigil jugalah. Hahahahaha. Time tu aku nak je cakap terima kasih kat tuan tu tapi sampai akhirnya tak terucap terima kasih sebab time tu tuan tengah bercakap. Aku senyap jelah. Tunggu turn isi borang lepastu duduk dengan diorang. Ckp dgn cik ana nk gi makan. Jumpa abang yg buka kantin tu buat kali terakhir. Hahaha. Dia kata " mana kfc." Hahahaha.  Lepas ni. Tak tahu bila akan jumpa lagi. Hehe.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Assalamualaikum..
>terima kasih kerana sudi komen :)
> No ads links.
> No Anonymous.
> No Haters.
> No Stupid Words.
> Maaf sekiranya tidak dibalas.