Ahad, Januari 17, 2016

IBU

Perihal tentang ibu,
Aku nukilkan pada hari ini.

Ibu...
Saya rindu ibu.
Sungguh saya rindu ibu.

Ibu...
Ibu ajar saya banyak benda.
Ibu ajar saya dari A sampai Z.

Ibu...
Walaupun saya baru berjumpa berkenalan dengan ibu hanya dalam tempoh 2 tahun lebih tapi saya mengharapkan bukan hanya tempoh itu sahaja saya terus berjumpa dengan ibu.

Ibu...
Ibu ajar saya tentang dunia kehidupan.
Ibu didik saya. Ibu cerita dekat saya.
Pasal sejarah ibu. Pasal segalanya.
Saya tahu tentang itu.

Ibu kata kita sebagai perempuan, biar ada kerjaya, ada rumah, ada kenderaan dan segalanya sendiri. Bila suami kita tinggalkan kita, kita mampu sara hidup kita bersama sama anak kita.

Ibu juga cakap dengan saya, banyakkan baca Al-quran. Hafal surah ini. Surat At-Taubah.

Ibu.. saya rindu nak gelak tawa dengan ibu. Saya rindu nak buat perangai keanak-anakan saya. Saya rindu nak bantu ibu.

Ibu akan bebel dekat saya bila saya dah kuat berkerja, saya tak akan hirau dengan keadaan sekeliling saya, yang saya fikir kerja saya je. Makannya entah ke mana. Bila time solat, saya pergi solat then sambung buat kerja saya. Makan. Bila ibu tegur pergi makan sana. Hehehe.

Saya rindu juga nak jadi pembantu peribadi ibu. Check fail sana sini. Semak itu ini. Keluarkan denda dan sebagainya. Saya rindu.

Ibu...
Maafkan saya sebab tidak menjalankan tugas saya dengan sempurna. Maafkan saya ibu.

Terima kasih di atas kenangan yang ibu berikan. Setiap apa yang ibu katakan amat bermakna untuk saya. Setiap memori kita bersama amat berharga untuk saya. Biarlah ia tetap tersemat dalam minda saya ini ibu.

Terima kasih ibu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Assalamualaikum..
>terima kasih kerana sudi komen :)
> No ads links.
> No Anonymous.
> No Haters.
> No Stupid Words.
> Maaf sekiranya tidak dibalas.