Ahad, Januari 17, 2016

Mama

Mama, terima kasih lahirkan Danial.
Mama, terima kasih sebab telah didik Danial dengan begitu baik sekali.
Mama telah jalankan tanggungjawab mama dengan sempurna sekali.
Mama sedaya upaya membesarkan Danial dan anak anak mama yang lain.

Mama, saya tahu mengapa mama buat begitu terhadap Danial. Saya tahu mama sangat sayang kepada anak mama. Saya tahu mama tak nak anak mama melakukan itu. Mama dah berjaya berikan didikan yang terbaik cuma mungkin Danial tersilap langkah.

Mama, Danial anak yang baik ma. Danial seorang anak yang baik dan sememangnya baik.

Mama, Danial juga anak yang bertanggungjawab dan sangat menghormati orang lain.

Mama, kadang kala saya sendiri segan dengan  Danial. Walaupun dia macam gitu tapi saya tetap segan. Entahlah ma. Saya tak tahu nak terangkan bagaimana.

Mama, Danial dia sebenarnya lembut hati dia tapi ada kalanya dia sendiri yang keraskan hati dia agar orang lain tidak tahu apa yang dia rasa.

Mama, Danial dia tidak suka memeningkan kepala dengan perkara perkara yang remeh dan apa jua yang perlu di fikirkan. Danial lebih suka apa yang akan terjadi , itu yang dia akan hadapi.

Mama, Danial dia seorang yang manja. Iya, seorang yang manja pada insan yang dia sayang. Saya tahu ma, dia sayang mama sangat sangat tapi dia ego. Dia sorokkan rasa sayang itu. Tapi saya tahu mama lebih mengetahui anak mama bagaimana.

Mama, pada saya. Danial itu unik. Saya tak tahu kenapa saya cakap dia unik tapi saya boleh rasakan itu. Arghhhh. Susahnya nak cakap macam mana rasa itu.

Mama, ketika saya menulis ini. Saya teringat mama. Cara mama layan anak mama. Cara danial layan mama. Walaupun saya buat buat tidak tahu tapi saya nampak ma. Entah mengapa saya berasa senang sekali.

Mama, perkara ini saya tidak tahu macam mana ingin saya jelaskan tapi saya terlalu terharu arghh susahlah mama nak cakap soal hati. Perkara ini , membuatkan saya tersenyum dengan lebar bilamana Danial mempunyai cita cita untuk mengubah diri dia menjadi lebih baik ma. Saat itu, saya tak tahu apa yang saya ingin katakan. Saya tergamam terkedu dalam masa yang sama saya rasa bersyukur sangat atas niat yang dia ingin lakukan satu perhijrahan terbesar dalam hidup dia. Dia keluar dari kepompong yang dia bina. Dia keluar dari dunia gelap dia ma. Saya sukar nak ucapkan bagaimana rasanya bila dia ada niat sebegitu bila dia perlahan lahan nak berhijrah. Allah. Sesungguhnya hidayah Allah itu, Allah akan berikan kepada sesiapa yang dia kehendaki.
Danial perlahan lahan berubah dari satu persatu. Dia lawan dengan diri dia sendiri dengan hasutan hasutan syaitan dan hawa nafsu dia. Tak terkata ma, sungguh tak terkata. Saya hanya mampu doakan yang terbaik untuk dia setiap masa. Saya tahu mama akan bangga dengan Danial.

Terima kasih ma kerana tak berputus asa untuk terus mendidik Danial dan menjaga dia. Terima kasih ma kerana menjadi contoh terbaik untuk anak mama.
Terima kasih ma kerana telah menjadi seorang mama yang hebat untuk anak mama.
Mama melihat perkembangan Danial dari dia baru dilahirkan sampailah sekarang. Baik buruk Danial itulah zuriat mama. Sejarah lampau dia telah tersimpan kemas dalam memori. Biarlah dia hidup dengan lembaran baru yang lebih berharga dalam hidup dia.
Terima kasih mama.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Assalamualaikum..
>terima kasih kerana sudi komen :)
> No ads links.
> No Anonymous.
> No Haters.
> No Stupid Words.
> Maaf sekiranya tidak dibalas.