Jumaat, Januari 29, 2016

Sayang

Sayang..
Kau nak tahu tak?
Ada perkara yang aku lama nak cakap dengan kau.
Ada perkara yang aku dah lama nak luahkan kepada kau.

Sayang..
Bilamana kita merancang.
Bila tiba tarikh itu ... rancangan kita tidak terjadi.
Terkilankah aku?
Mungkin ya kerana aku tidak dapat luahkan segalanya apa yang aku rasakan.
Tapi, Allah adalah sebaik rancangan.

Sayang..
Bila kau ajak aku keluar makan bersama pada waktu malam?
Ya, aku menolak.
Aku menolak kerana aku ada harga diri. Harga diri aku, keluarga aku, dan tentunya Allah melihat semua itu.
Walaupun dalam sudut hati aku ini, aku ingin sekali tapi kerana keluarga adalah pilihan pertama aku.

Sayang..
Aku bukannya perempuan yang mudah untuk di ajak keluar sana sini berdua.
Mungkin petang masih boleh tapi aku masih memikirkan tindakan aku.
Pada waktu malam. Maaf untuk itu. Aku tidak mampu lakukan kecuali kau telah sempurna aku miliki sebagai seorang lelaki yang akan memimpin aku ke Syurga.

Sayang..
Aku akui aku jeles.
Aku akui aku tidak ingin sekali kau lakukan perkara itu.
Aku tak suka kau keluar dengan mana mana perempuan berdua walaupun mereka  adalah kawan sekelas kita.
Aku tak suka  dan aku tak suka.
Aku tahu kalian dah dapat keizinan dari keluarga masing masing.
Apa aku boleh buat sayang?
Berbalik pada asal. Hanya mampu memendam rasa.

Sayang.
Untuk terus berada dengan kau selalu.
Aku perlu menjadi seorang perempuan yang kuat.
Seorang perempuan yang serba serbi. Seorang perempuan yang sentiasa memahami apa yang kau inginkan.
Seorang perempuan yang perlu untuk mengawal keadaan.
Seorang perempuan yang banyak bersabar dengan diri kau.
Seorang perempuan yang sentiasa tersenyum walau apapun yang kau buat.
Seorang perempuan yang mengharapkan kau berubah.
Seorang perempuan yang perlu mengikut rentak dirimu.
Seorang perempuan yang perlu menjaga kata.
Seorang perempuan berusaha menjadi seorang sempurna di mata kau.

Tapi.

Aku tahu ...
Aku akan kecundang jua dengan air mata.
Aku tahu ...
Aku akan mengalah dengan kau.
Aku tahu ...
Aku tak berjaya lagi untuk mencegah kau dari melakukan itu.
Akhirnya aku pasrah dengan apa yang kau lakukan.

Dalam diam aku berdoa,
Agar hati kau sentiasa lembut.
Menjadi anak mama yang soleh.
Ya. Aku hanya mengharapkan kau bahagia.
Kisah hidup kau. Aku simpan kemas.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Assalamualaikum..
>terima kasih kerana sudi komen :)
> No ads links.
> No Anonymous.
> No Haters.
> No Stupid Words.
> Maaf sekiranya tidak dibalas.