Isnin, Januari 25, 2016

Terima Kasih Cinta

Bismillah. Assalamualaikum dan selamat malam. Terima Kasih Cinta tajuk hari ini untuk aku menukilkan.

TERIMA KASIH CINTA.

Terima kasih Allah atas rasa cinta yang kau berikan ini.
Terima kasih Allah kerana kau telah pertemukan aku dengan dia.
Terima kasih Allah kerana memberikan aku rasa cinta ini.
Terima kasih Allah kerana kau selalu ada bersamaku.

Cinta yang kau berikan untukku
Adalah cinta yang terindah
Bilamana aku dapat merasai rasa cinta itu
Menghargai apa yang kau berikan.

Allah...
Sungguh aku banyak dosa.
Sungguh aku banyak melakukan khilaf.
Sungguh aku banyak melupakan kau.
Allah.. Maafkan aku.

Tapi kau ...
Tetap sentiasa bersama aku
Tatkala aku mengingati atau alpa kepada kau.

Allah.
Betapa hinanya diri ini kerana terlalu leka dengan duniawi.

Allah.
Terima kasih kerana selalu memeluk erat aku ketika aku jatuh tidak terdaya. Lemah sehingga aku berputus asa untuk terus berjuang.

Allah.
Rasa cinta ini.
Ianya milikmu.
Bila bila masa sahaja, kau akan mengambil semula rasa cinta ini.
Sungguh rasa cinta ini kau berikan bukan semata mata tetapi kerana rasa cinta ini kau taburkan untuk aku merasai cinta itu.

Cinta yang berlandaskanMu.
Cinta yang bertautkanMu.
Cinta yang akan kekal selamanya.
Kau akan menjaga dia dan kau akan merahmati dia.

Hati aku ..
Perasaan aku..
Minda aku..
Semuanya kau tahu.
Apa yang terlintas.

Allah..
Aku pinta sentiasalah ada bersama aku ketika orang lain tidak bersama aku.
Sesungguhnya aku hanya mengharapkan segalanya dariMu.

Allah..
Terima kasih kerana meminjamkan aku rasa cinta ini.
Terima kasih kerana kau anugerahkan rasa cinta ini.

Ku harapan dan ku tekadkan
Semoga dia yang menjadi bakal suami aku.
Semoga dia yang menjadi pemimpin untuk diriku serta anak anak kami.
Semoga dia membawaku untuk terus beristiqomah dalam meraih cintaMu.
Membawa aku kembali ke SyurgaMu.

Allah..
Andai dia tidak sempat bersamaku di dunia ini. Satukan kami di akhirat nanti.

Allah.
Rasa cintaMu itu lebih bermakna. Terima kasih Allah.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Assalamualaikum..
>terima kasih kerana sudi komen :)
> No ads links.
> No Anonymous.
> No Haters.
> No Stupid Words.
> Maaf sekiranya tidak dibalas.