Isnin, Mei 01, 2017

Keding 😂

Assalamualaikum and happy earthlings =)
Mulakan hari anda dengan "Bismillah" dan senyuman =)


Malam ni adik rasa nak stalk blog akak sbb adik rasa dah lama sangat adik tak jejak dkt blog akak. Baca entry lama  sampai entry baru akak tu . Bulan jan tapi bulan jun adik baru baca. You know dear? 

Adik tak tahu nak rasa apa kak. Adik tak tahu nak rasa apa. Dan adik tak tahu nak rasa apa. Bila adik nampak , adik just senyum je. Akak dah bahagia. Alhamdulilah sgt. Kalau akak ada problem . Akak kenapa? Tapi kadang2 tu adik cubalah hiburkan akak walaupun adik time tu ada masalah adik. Akak, I try to be a strong person. Tapi kita tak boleh bohong hati kita kan bila kita rasa sakit. I cried and cried until Im tired. Kak, adik lari sana sini . Tapi apa yang adik rasa sama. Sakit tu kesannya ada sebab dah lama bertahan sampai tak tahu apa yang nak rasa apa. Apa yang terjadi biarlah . Adik tak fed up cuma penat berharap. Penat menanti tapi you will alwys be my fav sister 😍 


Adik sentiasa doakan akak. Akak nak tahu kenapa adik delete twitter walaupun twitter tu fav adik lepas facebook dan blogger. Sebab dari twitter tu juga adik jadi heartbroken , fragile and so on. Adik tak boleh. Time adik delete tweet tu pun adik menangis baca apa yang adik tulis. 18.2 k tweet kak nak padam semua dalam masa beberapa hari memang susahlah. Last last adik deactivekan terus. Hati adik ni lembut sangatkan kak. Haih lembik gila x boleh nak jadi keras. . Hmm. Kakak. Adik tak tahulah apa yang adik merepek sekarang ni. Apapun adik doakan akak bahagia dan berjaya di dunia dan di akhirat. Adik nak cakap adik benci akak boleh tak? Hehehehe. But in deep my heart I love you 😘


kerana dia ..

Assalamualaikum and happy earthlings =)
Mulakan hari anda dengan "Bismillah" dan senyuman =)


Kalau orang tanya aku, macam mana aku boleh bertahan dengan perangai Amin. Jawapan aku hanya senyuman yang aku berikan sambil dalam hati aku berbisik " kerana aku mencintai dan menyayanginya kerana Allah Taala. " Pada saat aku mula mengenalnya dan pada saat hati ini terpaut kepada dia, telah aku serahkan segala yang terjadi kepada DIA. Ya, itulah yang aku lakukan. Walaupun banyak yang terjadi antara kami aku tetap memilih dia untuk menjadi suami aku dan hanya dia yang selamanya aku mahu dan  aku telah menetapkan pendirian aku menginginkan dia dalam hidup aku. 

Penantian apa yang perlu aku lakukan andai segala pergorbanan selama ini tidak di mengertikan maka aku memilih jalan membahagiakan diri dengan melihat keindahan ciptaanNya untuk merawat hati ini. Hati ini akan ada untuk mendoakan dia selalu dan hati ini selalu mekar untuk dia selamanya. 

Allah, tak pernah tergambar aku mencintai serta bertahan dalam mencintainya biarpun banyak kepahitan yang telah aku terima. 
Allah, sungguh aku masih mencari jawapan dalam setiap persoalan yang aku berikan 
Allah, bila tiba waktunya tautkan hati kami dalam berkasih sayang mencintai keredhaanMu
Allah, berikan dia yang terbaik dalam setiap sesuatu yang dia lakukan.
Allah , mudahkan dalam setiap langkah yang di lakukan dalam pencarian dia menuju redhaMu. 

Dia istimewa dan amat istimewaa. Tiada sesiapa yang dapat mengantikan dia dan aku rela hidup bersama dia walaupun tidak mencintai kembali daripada aku kehilangan dia dalam keperitan yang tak mampu aku rasakan . tak terurus diri dan tak bermaya andai dia pergi jauh dari hidupku. Andai itu yang terjadi, Allah pasrahkan aku dalam redhaMu untuk menerima segala rentetan yang kau berikan. Kuatkan diri ini dalam setiap perjalanan hati ini . Redhakan hati ini pada setiap masa. 

Tiada kata

Assalamualaikum and happy earthlings =)
Mulakan hari anda dengan "Bismillah" dan senyuman =)


Aku sebenarnya tak tahu nak cerita pasal apa. 😓 Tapi aku tetap nak tulis dekat entry ni. Ahahahaha😄 Dah lama betul tak join contest, giveaway, segmen dan sewaktu dengannya. 😏😏 Hmmm.. apa boleh buat tak ada masa aku nak update blog selalu macam dulu dulu kannnnnnnn 😖😖 sebab makin busy dengan kehidupan sekarang ni. Lah sangat 💆💆 Dah lama dah tak merasa terkejut dan excited nak dapat barang percuma setiap kali menang . kahkahkah. Sampai sanggup tunggu bila nak sampai hadiah aku ni. ahahahahhaa. Perangai aku 😗😗