Isnin, Mei 01, 2017

kerana dia ..

Assalamualaikum and happy earthlings =)
Mulakan hari anda dengan "Bismillah" dan senyuman =)


Kalau orang tanya aku, macam mana aku boleh bertahan dengan perangai Amin. Jawapan aku hanya senyuman yang aku berikan sambil dalam hati aku berbisik " kerana aku mencintai dan menyayanginya kerana Allah Taala. " Pada saat aku mula mengenalnya dan pada saat hati ini terpaut kepada dia, telah aku serahkan segala yang terjadi kepada DIA. Ya, itulah yang aku lakukan. Walaupun banyak yang terjadi antara kami aku tetap memilih dia untuk menjadi suami aku dan hanya dia yang selamanya aku mahu dan  aku telah menetapkan pendirian aku menginginkan dia dalam hidup aku. 

Penantian apa yang perlu aku lakukan andai segala pergorbanan selama ini tidak di mengertikan maka aku memilih jalan membahagiakan diri dengan melihat keindahan ciptaanNya untuk merawat hati ini. Hati ini akan ada untuk mendoakan dia selalu dan hati ini selalu mekar untuk dia selamanya. 

Allah, tak pernah tergambar aku mencintai serta bertahan dalam mencintainya biarpun banyak kepahitan yang telah aku terima. 
Allah, sungguh aku masih mencari jawapan dalam setiap persoalan yang aku berikan 
Allah, bila tiba waktunya tautkan hati kami dalam berkasih sayang mencintai keredhaanMu
Allah, berikan dia yang terbaik dalam setiap sesuatu yang dia lakukan.
Allah , mudahkan dalam setiap langkah yang di lakukan dalam pencarian dia menuju redhaMu. 

Dia istimewa dan amat istimewaa. Tiada sesiapa yang dapat mengantikan dia dan aku rela hidup bersama dia walaupun tidak mencintai kembali daripada aku kehilangan dia dalam keperitan yang tak mampu aku rasakan . tak terurus diri dan tak bermaya andai dia pergi jauh dari hidupku. Andai itu yang terjadi, Allah pasrahkan aku dalam redhaMu untuk menerima segala rentetan yang kau berikan. Kuatkan diri ini dalam setiap perjalanan hati ini . Redhakan hati ini pada setiap masa. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Assalamualaikum..
>terima kasih kerana sudi komen :)
> No ads links.
> No Anonymous.
> No Haters.
> No Stupid Words.
> Maaf sekiranya tidak dibalas.