Tuesday, January 30, 2018

Dilema

Entri yang terakhir untuk malam ini sebelum bateri aku mati.  Okay, macam gini sebenarnya aku tengah dilema sama ada lepas habis diploma ini nak sambung belajar ke degree terus ataupun kerja dulu bila kewangan dah stabil dan semuanya complete bagi aku lepastu aku akan sambung degree. Tambahan , pernahlah cadang nak bekerja sambil belajar tapi macam tough je takut aku tak mampu nak bahagikan masa dengan teratur 😂 Dahlah jenis yang mudah penat. Lepas penat itu mulalah mood swing kalau something tak kena. 😂 Hahahaha


Reason aku :

1) Habis diploma terus sambung degree
      Bagus sebenarnya tapi kalau ikut ekonomi sekarang ini harapan untuk cari kerja itu sebenarnya sangat tipis. Sebab kenapa aku kata tipis. Tengoklah persaingan yang di hadapi oleh semua graduan. Kalau korang cakap, " Rezeki tidak pernah salah alamat." Ya memang betul tapi sebelum korang nak dapatkan sesuatu itu. Korang kena buat sehabis baik untuk mendapatkan rezeki itu. Betul tak? Macam korang nak makan nasi lemak sebab dah lama teringin. Korang tetap akan carikan sampai jumpa. So dekat sini , effort + tawakkal + doa itu kena ada dalam satu sama lain. 🤗 Lagi satu, jika buat pinjaman melalui PT, mestilah makin banyak kalian hutang. 😅 Aku kalau boleh nak selesaikan hutang itu semua sebenarnya. huhuhuhu. 

2) Kerja sampai ekonomi kukuh then sambung belajar.  
   Kalau yang ini bila korang dah syok kerja adakah korang nak sambung belajar jika gaji korang dapat dah lumayan 🤔 Tapi mestilah bila dah lama kerja korang nak naik pangkat kan. So nak naik pangkat kenalah sambung belajar lagi. 😇

3) Belajar sambil kerja
     Kalau yang ini, buat 2 perkara dalam satu keadaan. Penat sikitlah tapi kalau nak senang mestilah kena berkorban sikitkan. ☺ Tempoh pengajian degree pum 8 tahun. So kena tabahlah hadapi macam-macam dugaan. Kalau aku InshaAllah boleh tapi aku kena alami dululah 😂  Hahaha. Sebenarnya aku risau juga kalau ambil yang ini. Takut tak terkawal segala jadual waktu dan urusan aku. kahkah 🙄


So, korang rasa mana lagi better sebenarnya? Mana tahu ada yang nak share pasal ini ke? 😂 Aku amat memerlukan jawapan sekarang ini untuk aku menimbang tara segalanya sebelum membuat keputusan. Kalau tak dapat jawapan , kita buat solat istikharahlah jawapnya. Thank you gais bagi yang sudi membantu saya. 😘 

No comments:

Post a Comment