Tuesday, January 30, 2018

My Love 😍

Bismillah..
Dah lama tak tulis di sini. Bukan aku tak rindu untuk rajin berblogging seperti dulu cumanya sekarang ini kekangan masa dan ketiadaan laptop untuk memudahkan aku menaip setiap patah perkataan yang aku ingin ceritakan.

2018. New journey of my life.
Sebab kenapa aku kata begitu. Mestilah ada banyak sebabkan . 😂 Well, makin lama makin sihat atas izinNya dan semakin kuat hadapi segalanya walaupun rapuh. Tapi selagi percaya Allah itu ada dengan kita. InshaAllah everything will be smooth and gonna be okay 😘

Firstly, Apa yang aku nak sentiasa ada dengan aku selalu adalah mak abah dan adik beradik. Tanpa mereka , tak mungkin aku mampu berdiri sejauh ini. Ya. Banyak sebenarnya pahit getir yang aku lalui cumanya aku pendam. Mak abah kekuatan aku untuk terus kehadapan dan bina semangat yang cekal untuk teruskan hidup tanpa hiraukan orang yang ingin menjatuhkan aku. Adik beradik adalah mereka yang sentiasa ada berikan sokongan dan dorongan walaupun macam anjing dan kucing tapi memang sayang banyaklah dengan mereka berdua. Tak ada mereka mungkin aku dah menangis melalak macam apa 😂 Always in my hearts 💋❤

Secondly, Ibu sekeluarga. Tapi special post untuk ibu. Reasonnya ; ibu sentiasa terima aku seadanya. Sentiasa ada dengan aku walaupun dulu aku jahil dan merajuk dengan ibu selama setahun. Tapi ibu terima aku seadanya. Baik buruk aku dan segala-segalanya. Ibu ajar aku erti kuat hadapi dunia sebenar. Ajar aku erti ketabahan sebenarnya. Melalui cerita ibu , aku mengambil iktibar dan pengajaran daripada situ. Kalau aku ceritakan di sini memang tak cukup halaman muk untuk aku katakan. Tapi cukup untuk aku ada seorang ibu yang terima aku seadanya dan juga anak-anak ibu yang buat aku bahagia. Aku tidak minta lebih. Mereka nyawa aku dan sampai bila-bila aku sayang.

Thirdly, My baby Ziyad dan Fayyad. Both of you, make me happy and calm me when I have many problems. Thank you because loving me as I loving you. Jadi anak yang soleh ya sayang kakak. Kakak sayang awak berdua. Nanti dah besar, jadi anak yang berbakti kepada ibu bapa okay. 💝


Cukup itu sahaja mungkin. 😂
Sebenarnya apreciate post banyak tapi sentiasa ada dengan aku adalah mereka. Pahit manis masam tawar . Hanya mereka yang ada dan terima aku seadanya. Betulkan aku pada arah yang betul. Tunjukkan aku jalan yang sebenarnya. Moga sentiasa dalam rahmatNya selalu. 🌼

No comments:

Post a Comment