Sunday, April 01, 2018

APRIL FOOL

1 April , tengok tajuk pun dah tahu. Aku ada kisah atau lebih tepat peristiwa tentang tanggal ini. Ya, April Fool. Pernah terkena oleh someone yang kau sayang. Time tu pun hubungan dah retak beribu mungkin. Hahahaha. Aku malas nak ingat tapi aku tetap ingat peristiwa masa ini.


Sekian lama dia tak ws, tetiba malam tu, dia ws. Dia kata dia dekat luar. Membernya semua tak balik lagi. Then dia tertinggal kunci rumah. Kena tunggu member balik rumah baru boleh masuk. That time, dia jadikan aku sebagai tempat untuk hilang bosan dia sementara tunggu kawan dia. Aku pun layan je sebab Hahahaha sebab aku rindu dia. Serius talk ah rindu sangat-sangat tapi itulah di anggap macam hbfjdgfyusfhbjs. Sampai sekarang aku susah nak terima lelaki dalam hidup aku.

Okay, kita sambung cerita, time ni juga dia ada suka seorang akak ni. Ya, akak ni cantik dan sekarang ni aku rapat dengan akak ni dan dia suka dekat akak ni. And aku dah berapi tahap tak tahu nak cakap apa. Bagi aku , biasanya bila kita dah selalu bersama, mesti kita sayang or what ever. Aku sebolehnya bertahan utk selamatkan hubungan. Hubungan kami complicated sangat-sangat sampai akak tu pun cakap perkara yang sama. Bukan itu sahaja, kawan-kawan aku pun sama juga. 😂😂😂😂


Tapi akak tu tak suka dia pun. Dalam tengah ws tu, tetiba dia sengaja nak sakitkan hati.

" U, I dengan Akak **** ni, kami keluar pergi dobi sama-sama."
"Okay. U kan memang. (sambil tahan marah)."

dan panjang lagi dialog yang malas aku nak ingat.

Then tiba-tiba dia cakap APRIL FOOL. Nak tahu sebab apa?

Sebabnya dia tak keluar pergi dobi dengan akak tu pun. Dia sengaja je nak sakitkan hati aku dengan nama akak tu. Sengaja nak jeleskan aku.


Ya... Aku teringat malam ni pasal kami. Nampaklah aku tak sepenuhnya move on. Tak apalah perlahan-lahan aku move on. Nak buat macam mana, ada jodoh kita bersama jua.


And one more thing, aku dah maafkan dia dan sampai bila-bila tetap sayang dia. Hehehe. Boleh tak gitu? Hahahaha. K ah bye.

No comments:

Post a Comment