Sunday, April 01, 2018

Kak Izzwin

Maaf! Terbuat muka buruk >.<


Kak Izzwin, adalah orang yang aku ceritakan segalanya. Pasal aku dengan MDA. Tapi bila ingat balik, macam kelakar pun ada. Yelah, kau tak pernah kenal siapa dia. Tup tup kau ceritakan everything . Kau haru ke apa ke kau tak kisah dah asalkann segalanya kau lepaskan sejak kau pendam bertahun-tahun sebab kau tahu kau tak mampu nak bertahan dengan lebih lama lagi dengan segala apa yang kau simpan selama ini.  Dua tahun kau simpan sendiri tak cerita dekat sesiapa. Berat nak pikul tak kau biasa-biasa kan diri kau. Nasib baik tak masuk hospital je sebab time tu memang dah depression sangat2 dah. 

Macam mana tahu depression: 

  • Tak nak jumpa sesiapa pun 
  • Mudah sangat nak melenting
  • Tiada selera makan and everything
  • 24 jam asyik nak menangis je
  • Mood swing dan sentiasa swing
  • Sukar nak gelak


 Dia yang ada di saat aku jatuh sejatuhnya. Dia yang bangkitkan diri aku untuk tempuh segalanya. Dia yang ajar aku tentang hidup dalam masa yang sama. Terima kasih atas segala kekuatan yang di salurkan. Sungguh walaupun kita tak pernah berjumpa buat kali pertama ketika Mun dalam keadaan jatuh tersungkur. Tapi Allah hadirkan akak untuk bantu Mun. Terima kasih atas perjelasan dan segalanya. Sungguh Mun senang mengenali akak. Walaupun hanya dua kali Mun kenal akak, Mun dah tahu akak ni macam mana. Akak, terima kasih atas segalanya. Akak, nak kahwin nanti . jemputlah Mun >.< Hahahaha. Terima kasih juga dekat abang aez. Hahahaha. k ah bye.



No comments:

Post a Comment