Thursday, August 02, 2018

SS : Your day : Happy Birthday Sufi [2018]

HAPPY BIRTHDAY !


2 Ogos, mana mungkin aku lupa. Tarikh yang sentiasa aku ingat sejak kami bertemu. Pertemuan yang Allah telah takdirkan serta telah gerakkan hati aku mengenalinya. Ya, 2011. Tahun pertama kami bertemu dan ketika itu aku tak tahu kenapa aku tertarik untuk kenal dia. Aku selalu pandang dia. Aku selalu lihat perangai kasar dia tapi apa yang aku nampak adalah perangai dia tu sebenarnya cute. HAHAHAHAHAHA. Serius cute tapi aku lagi suka tengok dia senyum lepastu sengih-sengih. Tapi akhirnya kantoi juga bila dia dapat tahu aku selalu tengok dia dari jauh 😆😆😆

Lagi, aku suka stalk pasal dia. Dulu masa zaman tak matang, Hahahaa. Banyak kali terasa hati sebab dia lebihkan adik-adik Silat dia tapi kan lepastu aku jadi macam terbiasa walaupun kadang tu ada terbit rasa cemburu cumanya hanya diamkan sahaja. Bila ingat balik macam kelakar . Tapi itulah kenangan yang akan tersimpan rapi dalam memori aku. Akak Sufi pun pernah cemburu juga dengan aku. Hahahaha. Bila aku rapat dengan Amin dan dia macam terbiar sepi. 😅

Aku banyak kenangan dengan dia tapi aku tak banyak gambar yang boleh dijadikan kenangan. Hanya kisah-kisah yang mewarnai kehidupan aku bila bersama dia. Serius, kalau boleh putarkan waktu. Aku nak apa yang aku nak bila bersama dia tercapai. Hahahahaha. Setiap memori yang kami lakukan bersama mesti kena ada video atau gambar. 

Sufinasuha binti Aminurrahman, suatu nama yang tak akan lupa walaupun dia dah berpunya kini dan walaupun kami dah jauh jarak berbatu sekalipun. Dia tetap kakak yang aku sayang dan InshaAllah sampai bila-bila sayang. Dan semestinya, masih ada lagi harapan aku yang tak tercapai untuk dia. Ya, masih ada walaupun nampak macam aku ni buat tak tahu je dengan dia. Hahahaha. 😜😜

Haaa lagi apa yang korang nak tahu 😹😹



Happy Birthday keding, Tak sangka kau dah makin tua 😆 Tapi masih cute dan kadang-kadang aku tetap nampak jiwa kanak-kanak kau tu. Hahaha. Kak, aku tak tahu nak wish apa sebab sebelum-sebelum ini aku dah curhatkan everything. Aku cuma nak kau bahagia, nak lihat kau bahagia dan bahagia dan seterusnya bahagia. Dan walaupun apa jua ujian dan dugaan yang kau hadapi, aku nak kau ingat bahawa Allah sentiasa ada untuk kau. Aku? Aku tak ada selalu untuk kau. Sebab aku pun ada ujian dan dugaan aku sendiri walaupun macam mana pun kita renggang sekalipun aku nak kau tetap kuat. Kuat seperti pendekar. Kau kan pendekar bagi aku. Dan bila nak kahwin nanti janganlah lupa jemput. Aku cakap macam gini sebab takut kau lupa. 😛 Lagi, terima kasih sebab sayang aku sampai sekarang walaupun aku tak hiraukan kau. Jahat gila aku kat kau. 😭😭😭😭 Jaga diri baik-baik tau. Jangan nakal-nakal. Janji dengan adik, akak tetap kuat seperti pendekar. Kalau jatuh bangkit dan jangan biar emosi menguasai diri akak. Adik tahu kau lebih bahagia sekarang walaupun tanpaku di sisimu kerana ada insan-insan yang akan bahagiakanmu. Sincerely, Mumun 💓💖

My housemate for 5 semester

Assalamualaikum. Niera kembali semula untuk menukilkan sebuah cerita mengenai zaman kolej Niera. Tapi, hari ini Niera nak cerita mengenai ...