Sunday, November 11, 2018

HAPPY BIRTHDAY S O M E O N E THAT I LOVED !


Hey MDABZ,
Happy Birthday to you !

Walaupun kita makin jauh dan mungkin tak akan jumpa selepas ini. Saya nak awak tahu yang saya selalu ada untuk awak walaupun selepas apa yang telah berlaku. Tak mungkinlah saya nak marah awak sampai bila-bila. Setiap orang pasti akan melakukan kesilapan dan saya harap ianya tidak berlaku lagi. 

Awak, saya rindu tapi saya tahu saya bukanlah sesiapa pun bagi awak. Saya cuma nak awak yang saya kenal dan lebih baik daripada saya. Maaf atas salah dan silap saya. Saya kecewa bila awak begitu tapi saya yakin awak boleh berubah. Harapan saya untuk awak besar sangat tapi mustahil awak dapat lakukan. Cukup bagi saya yang awak berada dalam keadaan bahagia dan sentiasa dalam lindunganNya. Saya dah maafkan awak dunia akhirat saya. Apa yang telah berlaku dulu, saya dah lupakan. Saya cuma harap awak yang lebih baik daripada dulu.

Kalau awak tanya saya, apa perasaan saya? Jujur saya cakap, saya masih sayangkan awak tapi keadaan kita berbeza. Awak mungkin tak faham apa matlamat saya. Mungkin juga awak tak faham dengan cara saya. Awak, walaupun kita saling block each other dekat sosial media. Tetap juga saya tahu di mana awak berada. Jaga diri dan solat awak serta jaga mama baik-baik. 

Lagi, apa yang perlu saya katakan? Saya rasa itu sahaja. Moga awak sentiasa dipermudahkan segala urusan dan rezeki awak sentiasa melimpah ruah. Jaga iman awak. Jaga hati seseorang yang menyayangi awak sekarang dan halalkan hubungan itu. Jangan lupa jemput saya nanti dan doakan yang terbaik untuk saya okay 💗

No comments:

Post a Comment

My housemate for 5 semester

Assalamualaikum. Niera kembali semula untuk menukilkan sebuah cerita mengenai zaman kolej Niera. Tapi, hari ini Niera nak cerita mengenai ...