Tuesday, November 20, 2018

My housemate for 5 semester


Assalamualaikum. Niera kembali semula untuk menukilkan sebuah cerita mengenai zaman kolej Niera. Tapi, hari ini Niera nak cerita mengenai housemate Niera dari sem 1 sampai sem 5. Harap kalian sudi membaca dan jika ada komen, dipersilakan untuk menulis segala apa yang anda ingin tulis di ruang komen di bawah ye. Enjoy your reading okay ! 😼



-Housemate Semester 1 dan 2 (Saidina Umar 4104)-
(Dpn: Niera dan Atin Kay)
(Blkg: Nurin, Kak Dila, Nisa dan Atin Hana)

Ha inilah housemate Niera masa sem 1 dan 2. Banyak kisah antara kami sebenarnya tapi bilalah menjadi kenangan yang terukir di minda. Niera ni bukanlah senang nak mesra dengan orang lain. Ambil masa nak terima orang baru dalam diri Niera. Serius ambil masa yang lama tapi lama-lama itu alhamdulilah, everything gonna be well 💞


Apa yang menarik untuk diceritakan ye? Hmmm.. Niera pun tak tahu. Tapi kitorang rajinlah pergi jalan-jalan. hahaha. Tak sebenarnya Niera je yang rajin travel sampai ke penang. Kalau dengan housemate paling dekat Melaka. Bandar Hilir Melaka. 🤣🤣🤣 Sebab diorang anak-anak manja semuanya. Tak pernah pergi jauh-jauh. hehehe

Btw, yang paling jauh kak Dila, dia dok Penang yow, yang lain dekat- dekat je. Atin Hana, Nurin, dan Nisa orang Melakau dan Atin Kay orang Nogori. Niera orang Johor okay 🌟🌟 Hmmm... Lagi aoa yang korang nak tahu dan perlu Niera ceritakan ya? Udah kering idea nak fikir ayat utk kenngan sem 1 dan sem 2 ni. hmm..

Seriuslah, Niera tak tahu nak cerita apa lagi sebab dah lupa apa yang terjadi masa sem 1 dan sem 2 yang manis-manis gitu. huhuhuhu. Pahit-pahit tak naklah Niera ceritakan di sini. Hoho


-Housemate sem 3 dan sem 4 (Saidina Usman 3503)-
(Dari Kiri : Ifa, Niera, Atin Hana, Mas, Kak Dila, Atot dan Ros)

Ok, majoriti semuanya Niera dah kenal daripada sem 1 sebab masa sem 1 Niera selalu pergi rumah Mas. Niera dengan Mas satu kelas tapi dulu kami lain rumah. So, kalau Niera or Mas dah siap awal, siapa yang dah siap dulu akan ketuk pintu  sebelum pergi kelas . Hahaha. So, kadang-kadang Niera akan lepak rumah Mas ni. So, I know her housemate. 💃💃💃 So, bila dapat tahu satu rumah dengan dia, menjerit aku. Hahaha.

Bila dah satu rumah ni walaupun bilik lain-lain. Senang sikit nak tahu dia dah siap ke belum sebab selalunya Niera yang ketuk pintu rumah dia dan kena tunggu. Bila satu rumah ini, dia tak siap lagi Niera sempat makan, basuh pinggan mangkuk, masuk toilet, baca buku , call mak dan macam-macam lagi. Fuhh!!! Nampak tak Mas bersiap kemain lama 😅😅

Ros, dia mek kelantan. hehe. tapi tinggal kat KL. Kadang-kadang perasan orang KL. Hahahaha. Ifa dan Atot orang Johor. Mas pun sama. juga orang Johor. Banyak geng Johor okay. Hahaha. Mereka ni dulu satu rumah ha dengan Mas.

Lagi, apa yang kalian mau?



Roomates 💓
(Dari Kiri : Niera, Atin Hana dan Kak Dila)

Yaa.. masa sem 3 ni , kami berpisah dan tinggal inilah yang bersama. Niera selalunya buat hal sendiri tapi kalau ada perangai gila-gila. Diorang ni tak terlayan dan kadang-kadang tu malas nak layan sebab Niera suka jadi childish sikit bila dengan diorang dan dalam masa yang sama jadi rimau dan kuat membebel 😂😂😂😂 Jadinya, mereka pasrah jelah dengar Niera membebel dan kena kemas on the spot juga. huhuhu. 


- Housemate Sem 5 (Saidina Usman 4604)-
( Dpn: Jiha, Sarah, Mas, Aina, Ros)
 (Blkg: Zue, Aku dan Nina)
(Tak ada dalam gambar: Atin Hana)


Okay, Ni lah muka-muka yang memang familiar dari sem 1 pun. Kan ada muka-muka yang korang tak pernah nampak dari sem 1 sehingga sem 4 kan. Other itu sebenarnya Niera dah kenal since form 1 sebab sebelah rumah Niera je. Selalu kami bersembang dekat tempat balkoni dapur masing-masing. huhuhuhu. Jie ni masa sem 1 dia suka tengok-tengok Niera tapi malu-malu. Apa yang dia suka tengok pun tak tahu. 🤣🤣

Okay, nak kenalkan sikit. Aina dan Zue orang Melaka. Sarah dan Jiha orang Negeri 9 dan satu kelas dulu masa sekolah. lepastu Nina orang KL, satu area rumah dengan Ros. Diorang ni okay dan rumah selalu bersih sebab diorang semua suka mengemas. huhuhu..

Masa sem 5 nilah paling kecoh sikit kami sebab suka sakat menyakat. Hahaha. Ada yang mudah terkejut bila kena sergah, ada yang takut lipas dan macam-macam lagi. 



Roomates 😘
(Dari Kiri : Ros, Atin Hana. Niera dan Mas)

Yup, this my roomates for sem 5. Kami suka melalak kat dalam bilik sebab suka nyanyi lagu jiwang karat 90 an. huhu. Bergaduhm bercerita, dan macam-macam. Main makeup pun ye jugaaa dong. Tapi memang kecoh lah. Hahaha. Niera je kadang-kadang gelak macam hantu sama Ros takut. Hahaha. Diorang siap cakap lagi, if sesiapa tinggal dengan Niera. time tu hanya ada Niera dengan mereka, diorang cakap Niera ni manusia ke tak. 👻👻 Hahaha. Sampai macam gitu sekali kau. 🤣🤣


Ha itu sahaja mengenai entry kali ini. Terima kasih sudi membaca 💌


Quotes :

" Friendship is about how you can spend time together, sharing our moments with joyful, saddest, happiness, and all feeling that you share together and always have with you in what ever situation even in a darkness moment. They have we you and always comfort you with love. "

No comments:

Post a Comment

My housemate for 5 semester

Assalamualaikum. Niera kembali semula untuk menukilkan sebuah cerita mengenai zaman kolej Niera. Tapi, hari ini Niera nak cerita mengenai ...